Assalamualaikum. Bagi penduduk disekitar ibu kota, bandaraya Kuala Lumpur, tentunya tidak asing lagi melihat kelibat peniaga kecil yang menjual pendrive dengan harga yang terlalu murah. Pendrive berkapasiti 128Gb dijual dengan harga RM9 sahaja. Sebenarnya, pendrive ini adalah pendrive tiruan dan sebenarnya tidak berkapasiti seperti yang diiklankan pada hakikatnya. Akan tetapi, apakah penipuan ini hanya dilakukan pada “pek” bungkusan?

Sebenarnya pendrive tiruan mempunyai fungsi penyimpanan juga. Kebiasaannya pada 128-256MB sahaja. Jika anda memasukkan data melebiho 128MB, maka anda akan mendapati akan berlaku kerosakan pada data.
Bagaimana untuk mengenalpasti pendrive tiruan?
Gunakan perisian h2testw yang boleh didapati di laman: www.heise.de
Jika data loss begitu tinggi, maka besar kemungkinan ianya adalah sebuah penipuan kapasiti.
Apapun, berhati-hati lah dengan barang yang terlalu murah.
Kredit: wanzul.net
No comments:
Post a Comment