Sunday, 23 February 2014

Anak Saya Selalu Ke Rumah Pakwe Dia

adis dan menyedihkan.. Menakutkan bagi awek kat luar sana.. Kerja dah best sebagai pegawai khidmat pelanggan bank.. 


Awek gadis luar sana, Jangan cepat terpengaruh dengan pakwe.. Pakwe jer pun. Bukan suami ko.

“Kepala anak saya berdarah dan ada kesan lekuk dengan saiz sebesar syiling 10 sen di dahi manakala bibirnya pula terkoyak dan lebam.”Kata seorang wanita yang kematian anak perempuannya dipercayai akibat dipukul di sebuah apartmen di Bandar Sunway, malam kelmarin.

Maimunah Abdullah, 49, berkata anaknya Pakizah Raja Khan, 27, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, lima jam selepas menerima rawatan.

Maimunah berkata, sebelum itu anaknya yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan sebuah bank pergi ke rumah teman lelakinya di apartmen berkenaan.

“Dia menjalin hubungan dengan teman lelakinya setahun lalu dan saya juga mengenali lelaki itu. Anak saya juga selalu ke rumah lelaki itu,” katanya, semalam.
Info Asal : HMetro

Syamsul KL Gangster Santai Kedai Kopi Gaya Ustaz

Hidayah untuk bukakan hati ni.. Allah bleh buat bila-bila masa. Kita sebagai manusia jer selalu leka. Kadang tu kita sendiri tak sangka, dulu zaman sekolah kawan kita jahat gila.. Tahap gampang la orang cakap.. Semua jenis kejahatan letak atas dia. Tup tap, lepas 5 6 tahun tak jumpa. Jadi ustaz, jadi insaf dan seorang yang sangat bagus budi pekerti.. And kadang tu ada yang terbalik, zaman sekolah mamat ni gila skema, budak nerd gila.. Stok anak mak.. Lepas jer 5 6 tahun, perggghhh.. Lagak macam babi keluar hutan.. Lebih teruk dari kera dapat bunga.. Paling dahsattt, dulu alim gila, sekarang seksi tahap porno..




Kerana Nafsu Tidur, Isteri Menyesal Sepanjang Hayat Suami Pergi Tanpa Kata

Nukilan… Seorang Insan Yang Menyesal

“SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.

Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.

Suami memahami tanggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.

Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.

Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan.

Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.

Sekadar gambar hiasan

Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.

“Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya.

Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jam 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.

Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.

Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.

Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.

Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.

Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.

Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya’.

Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. Saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya.”

Wallahhualam….

Semoga si suami redha dan dapat mengampunkan dosa si isteri, isteri solehah dan semulia ini, moga setiap doa nya diterima Allah S.W.T dan sentiasa dirahmati olehNya..


Remaja Perempuan Diperkosa 30 Lelaki Selama 6 Jam

Dalam inkues semalam, aktivis hak wanita, Shaista Gohir memperincikan penderaan seksual terhadap mangsa melalui laporan yang mengejutkan itu.


Kejadian yang berlaku di London apabila seorang remaja perempuan diperkosa oleh 30 lelaki, termasuk pasangan bapa dan anak lelaki, dalam serangan seksual berlanjutan selama enam jam.

Menurut Shaista, eksploitasi seksual terhadap remaja terbabit dilakukan sekumpulan lelaki daripada etnik sama sering berlaku dengan pengetahuan pihak berkuasa.

Namun, katanya, pemimpin masyarakat, sekolah mahupun keluarga mungkin tidak menghiraukan serangan sedemikian atau dalam sesetengah kes turut membela penyerang.

Shaista menggunakan kes mengerikan di Birmingham itu sebagai contoh kes dikemukakannya dan menggesa pihak berkuasa menangani isu berkenaan dengan segera.

“Kejadian itu berlaku selama enam jam membabitkan penyerang termasuk seorang bapa serta anaknya yang masih bersekolah, selain pemandu teksi yang muncul secara berkumpulan,” katanya.

Laporan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Birmingham itu dibuat susulan daripada temu bual dengan 35 mangsa serangan seksual, selain beberapa penjenayah seks daripada masyarakat Islam di seluruh Britain.

Shaista turut mencabar pendapat popular dalam eksploitasi kes berprofil tinggi di Rochdale dan Oxford khususnya yang membabitkan kumpulan lelaki Asia yang menyerang remaja kulit putih.

“Ramai orang memberitahu saya, mereka tahu mengenai kejadian di Rochdale dan Oxford, tetapi ia turut berlaku di Birmingham dan di tempat lain,” katanya.

Amaran itu dibuat pada selepas kumpulan pemangsa seks kanak-kanak dipenjarakan kerana mendera kanak-kanak perempuan.

Hakim John Bevan berkata, empat lelaki dan remaja lelaki seorang lelaki Kurdis dihukum kerana memperkosa lima kanak-kanak perempuan semuda 12 tahun.

Empat daripada ahli kumpulan itu berasal dari Republik Czech dan Slovakia. Dua daripada mangsa berketurunan Czech dan Slovak, manakala tiga lagi berbangsa Inggeris.

Tahun lalu, tujuh lelaki dari Oxford – kebanyakannya keturunan Pakistan – dipenjara kerana terbabit dengan operasi rangkaian seks kanak-kanak.

Kanak-kanak perempuan sering menjadi sasaran masyarakat daripada etnik dan latar kebudayaan yang sama.

Mereka sering didera kerana mudah diancam agar menutup mulut atau berdepan risiko menanggung malu di kalangan masyarakat.


Apabila kes penderaan seksual didedahkan, sesetengah keluarga menghantar mangsa ke luar negara atau mengatur perkahwinan untuk mengelak isu berkenaan berpanjangan.-myMetro

Top 5 Pelakon Wanita Bakal Menyerlah 2014

Bukan mudah untuk menempa nama di persada seni tanah air kerana bakat-bakat baru muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.


Namun, ia bukanlah satu halangan jika seseorang itu mempunyai bakat lakonan yang hebat dan mampu meninggalkan kesan di hati penonton.


JIKA BIBIR MANUSIA DISENGAT LEBAH

Kini kita dah tahu dari mana asal usul duckface dan botox. Nice eh? Dibawah merupakan gambar beberapa orang yang telah terkena sengatan lebah di bahagian bibir.




Asal Usul Gambar Pada Wang Kertas Malaysia

Mungkin masih ramai yang belum tahu siapakah gambar Agung yang berada di dalam wang Malaysia yang kita gunakan hari ini. Dan dari manakah asalnya gambar tersebut diambil? Di sini kami ingin kongsikan kepada anda semua asal usul gambar agung yang terdapat pada wang Malaysia ini.


Pada matawang Malaysia, tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad ( Jangan dikelirukan dengan Tunku Abdul Rahman) dari Negeri Sembilan.


Inilah gambar asal sebelum dicetak diatas not wang kertas Ringgit Malaysia (RM). Sehingga kini gambar Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama ini masih digunakan pada wang kertas Ringgit Malaysia (RM).

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 – 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18, orang Minang meminta izin keSultanan Johor agar pemerintah melindungi mereka. Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu.