Saturday, 22 February 2014

Hashtag #PresidenFAMSilaLetakJawatan Trending Di Twitter Malaysia

Hashtag  kembali menjadi trending di laman sosial Twitter, hari ini.
Sebelum ini hashtag tersebut pernah juga menjadi trending gara-gara ketidakpuasan hati sesetengah peminat bola sepak tempatan terhadap pengurusan terbabit.
Komuniti Twitter bersepakat mahu Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah meletakkan jawatan tertinggi persatuan tersebut.
FAM
Ini kerana peminat bola sepak tempatan kini dilihat mahukan pucuk pimpinan yang baru yang dapat memberikan kelainan dalam pengurusan badan tertinggi bola sepak Malaysia.
Untuk makluman anda, Sultan Ahmad Shah sudah dilihat terlalu lama memegang tampuk pimpinan FAM sejak 1984 sehingga kini.
KL31_170311_SULTAN_FIFA
FAM1
FAM2
 FAM3
Mungkin FAM perlu melakukan sesuatu jika ingin melihat pasukan bola sepak negara,Harimau Malaya kembali menggegarkan pentas arena bola sepak Asia dan tidak mustahil di pentas dunia juga.
Setakat ini juga, sebuah akaun Twitter dengan tweethandle @PFSLJ telah diwujudkan dengan tujuan memohon presiden FAM meletak jawatan, dan sehingga artikel ini ditulis akaun itu telah diikuti sebanyak 2,842 pengikut.
FAM4
Kadang kala, kita perlu juga mengambil tahu serta mengambil kira pendapat peminatbola sepak tanah air kerana tanpa sokongan mereka sedikit sebanyak pencapaian serta prestasi Harimau Malaya turut terjejas disebabkan perkara tersebut.

Sumber : newshub

No comments:

Post a Comment