Friday, 21 February 2014

Bertanding Dun Kajang, Isteri Minta Herman Tino Tidak Malukan Diri Sendiri






Gua nak story pasal Herman Tino .Isteri kepada penyanyi Herman Tino iaitu Noraini Ibnu berharap agar suaminya tidak meneruskan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan.
Memetik kenyataan di mStar online, Noraini yang juga Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM berkata, dia tidak bersetuju dengan hasrat Herman memandangkan suaminya itu tidak mempunyai wang untuk bertanding sebaliknya akan dihina dan diketawakan oleh masyarakat.
“Saya terima Herman sebagai suami kerana dia seorang penyanyi, bukannya ahli politik. Dia bukannya ada wang yang banyak untuk ‘melayan’ perkara-perkara politik macam itu.
“Saya tidak suka dia ‘membakar diri’ dan menerangi yang lain, sedangkan tuanya nanti tidak ada siapa yang peduli.
“Sebagai isteri, saya tidak senang apabila tindak tanduknya diketawakan dan dihina pula,” katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Yale Yale dan Pelita Dalam Kabus itu adalah antara lima calon yang setakat ini telah menyatakan minat untuk bertanding di kerusi DUN berkenaan.
Herman sebelum ini pernah mencuba nasibnya bertanding atas tiket Bebas menerusi kerusi Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) dan tewas di tangan calon Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Noh Omar.
Penyanyi itu memperoleh deposit RM10,000 untuk bertanding kerusi tersebut selepas dua rakannya menggadai dua buah kereta.

No comments:

Post a Comment