Friday, 21 February 2014

INFO : 5 FAKTA PENTING DALAM MENJALINKAN PERSAHABATAN DI INTERNET



Dunia maya , rangkaian sosial dan rakan-rakan dalam talian atau telah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan manusia. Membina persahabatan di internet kini menjadi satu fenomena biasa tetapi persahabatan ini adalah berdasarkan imej yang anda tunjukkan kepada dunia melalui rangkaian sosial , yang tidak selalu benar. Ini bermakna, terdapat segelintir manusia di internet mencipta persona diri yang berbeza dari kehidupannya secara realiti dan terdapat 5 fakta tentang realiti persahabatan dalam talian yang perlu anda tahu.

1. Anda akan mendapati sukar untuk mempercayai seseorang
Membina persahabatan secara online adalah perkara biasa, tetapi persahabatan yang sebenar berkait rapat dengan kepercayaan terhadap seseorang. Amanah adalah faktor yang paling penting dalam mana-mana hubungan. Agak sukar untuk mempercayai rakan yang anda kenal di dalam talian. Tetapi terdapat manusia yang baik di dalam dunia maya, cuma peratusannya amat sedikit. Sentiasa selidik dahulu latar belakang seseorang jika anda benar-benar ingin menjadikan dia teman baik anda.

2. Anda tidak boleh mengharapkan sokongan
Anda tidak pasti sama ada rakan-rakan dalam talian boleh dipercayai atau tidak. Apabila anda berada dalam kesusahan , kawan-kawan biasanya akan membantu anda dan menyokong anda. Tetapi apabila ia datang kepada rakan-rakan dalam talian, anda tidak tahu jika mereka ada dengan anda jika anda benar-benar memerlukannya sokongan dari segi mental dan fizikal.

3. Niat yang boleh diragui
Anda tidak benar-benar pasti tentang niat di sebalik persona manusia di dalam talian. Mungkin dia seorang kawan yang baik, tetapi anda tidak boleh terlalu yakin dan terus mempercayainya. Mungkin dia ada niat yang salah, tambah lagi jika anda tidak pernah berjumpa dengannya. Kini terdapat banyak kisah penipuan di internet terutamanya penipuan wang. Terdapat warga asing yang menyamar untuk menipu wang anda, jadi anda harus berjaga-jaga.

Sehingga kini, warga asing ada yang mendalangi jenayah siber bukan sahaja licik menjerat wanita dan lelaki kesunyian dengan cinta, tetapi mereka juga bijak mempengaruhi golongan hartawan sehingga sanggup menyerahkan wang yang banyak kepada mereka apabila dipelawa menjadi rakan kongsi dalam perniagaan. Walaupun hanya berbual melalui laman sosial di Internet dan tidak pernah bersua muka, mangsa terdiri daripada ahli perniagaan atau golongan korporat dengan mudah diperdayakan sindiket ‘Awang Hitam’ itu yang bijak bermain kata-kata dan memalsukan dokumen-dokumen penting.

4. Anda boleh kehilangan kawan sebenar
Terdapat risiko apabila anda begitu asyik dalam rakan-rakan dalam talian, anda mungkin berakhir memutuskan hubungan dengan rakan realiti anda. Anda harus sentiasa mempunyai kawan baik dalam dunia sebenar dan bukan hanya terperangkap dalam dunia rakan-rakan maya.

5. Anda mungkin berada dalam keadaan yang berbahaya

Mempunyai rakan-rakan dalam talian mungkin meletakkan anda dalam keadaan yang berbahaya. Anda boleh berakhir menjadi mangsa gangguan atau kehendak seksual. Oleh itu, anda perlu sedar dan berhati-hati tentang semua kebaikan dan keburukan mempunyai rakan-rakan dalam talian. Jika kamu sudah bertemu dia secara langsung, bukan bererti kamu terlepas dari bahaya rakan dalam talian. Kamu boleh saja bertemu dengan orang yang berniat jahat, mungkin dengan niat ingin merompak, membunuh, memperkosa, atau bahkan bertemu dengan psikopat. Berhati-hati terutama jika kamu adalah seorang wanita, jangan pernah bertemu sendirian dengan orang yang hanya kamu kenal melalui internet.

No comments:

Post a Comment